UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Semua menteri diarah dedah prestasi kerja 100 hari masing-masing

Ahli Jemaah Menteri diarah mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari kepada rakyat bagi menilai prestasi mereka dan kementerian yang diterajui.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan meletakkan pencapaian aspirasi tersebut bagi setiap Ahli Jemaah Menteri bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Menurut beliau prestasi setiap Menteri akan dinilai berdasarkan tiga elemen iaitu Penilaian Prestasi Kementerian/Jabatan, Penilaian Kepemimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif, serta Penilaian Persepsi Awam terhadap Ahli Jemaah Menteri dan Kementerian/Jabatan diterajui, kata Ismail dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menambah mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September lalu bersetuju agar Ahli Jemaah Menteri membentangkan laporan prestasi setiap aspirasi masing-masing bagi 100 hari pertama pentadbiran kerajaan bermula 1 September.