UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Stesen TV KPop mohon maaf isu azan

Kecoh apabila tersebar berita mengenai penggunaan laungan azan dalam runut bunyi program terbaru sebuah stesen TV tekenal Korea Selatan.

Selepas teruk dikecam netizen, stesen televisyen terkenal itu akhirnya membuat permohonan maaf terbuka.

Menerusi kenyataan di Instagram, Mnet berkata mereka tiada niat ingin menyentuh sensitiviti agama dan lagu tersebut digubah serta diambil daripada pihak ketiga.

“Bagi pihak pasukan produksi Mnet Street Woman Fighter, kami memohon maaf mengenai soundtrack yang digunakan dalam episod pembukaan program berkeaan, Street Woman Fighter.

“Lagu ini adalah soundtrack elektronik yang didaftarkan secara rasmi di laman rasmi atas talian. Pasukan produksi berpendapat bahawa bunyi eletronik lagu itu sesuai sebagai muzik latar program.

Kami semestinya tidak mempunyai niat lain.
Mnet menulis permohonan maaf di Instagram.
“Kami menurunkan video tersebut dan akan memuat naik semula selepas menukar lagu baharu,” kata pengendali akaun Mnet Dance.

Pada Rabu, Mnet menerima kecaman daripada peminat muzik K-Pop seluruh dunia apabila didakwa menggunakan bunyi azan yang telah digubah dengan lagu lain pada bahagian permulaan bunyi latar rancangan Street Woman Fighter yang dimuat naik menerusi YouTube.

Ia mengundang rasa kurang senang peminat terutamanya msyarakat Islam yang kecewa dan marah dengan tindakan stesen TV berkenaan.

Street Woman Fighter merupakan program pertandingan menari yang menampilkan peserta wanita dan dihoskan oleh penyanyi terkenal, Kang Daniel.