UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Tony F kini kata hanya sewa Tesla setelah dikecam pelanggan

Selfie Hari Kebangsaan Tony Fernandes dan Tesla di Instagram mengundang kecaman netizen

CEO AirAsia Group setelah mendapat kecaman netizen kerana menunjuk-nunjuk kereta baru Teslanya, meminda catatan IGnya dengan menyatakan ia hanyalah kereta sewa.

“Rented Tesla Model Y for two weeks. Love it,” kata Tan Sri Tony Fernandes dalam versi pindaan kepada catatannya di laman Instagram. (Menyewa Tesla untuk dua minggu).

Gambar dari IG Tony Fernandes

Ikon usahawan Malaysia berusia 57 tahun itu sebelum ini membuat catatan Hari Kebangsaan dengan menyatakan beliau kini mesra alam:

 “Going green, no more gasoline. Gone electric. Tesla model Y. Love it.” Dalam catatan asal itu, Tony tidak langsung menyebut kereta itu disewa.

Beliau memuatkan beberapa gambar “selfie” dan kereta Tesla Model Y putih (harga kira-kira RM230,000) pada tampalan asal dua hari lalu itu.

Gambar dari IG Tony Fernandes

Walaupun menerima banyak pujian, Fernandes turut dikecam pembaca tampalan IGnya itu.

“Berbulan aku beli tiket AirAsia, lepas tu tak boleh fly. Depa kepam terus duit aku,” komen mahdialjunied.

“Bayaq dululah flight tiket yg burn,” tambah mzhl_.

Ramai pelanggan AirAsia mahu wang mereka

dikembalikan ke atas tiket penerbangan AirAsia yang tidak boleh digunakan berikutan sekatan pergerakan semasa pandemik Covid-19 sekarang.

AirAsia hanya mengeluarkan “refund” dalam bentuk kredit bagi tiket penerbangan yang belum digunakan, itu pun selepas melalui proses rumit yang boleh mengambil masa setahun.

Tesla, dimiliki usahawan billionair Elon Musk, mula menjual kereta eletrik di Malaysia pada

2016. Model Y ialah antara model terbarunya.

Gambar dari IG Tony Fernandes