UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Tujuh medan selera PLUS dibuka untuk dine-in

Pengguna lebuh raya Plus yang sudah menerima dua dos vaksin kini boleh menikmati hidangan makanan di Restoran Jejantas Sungai Buloh, Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Selatan) dan Mambau (kedua-dua arah) mulai hari ini 16 September.

Esok pula, kedai makanan menjemput pengguna untuk menikmati hidangan di Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan) sementara mulai Sabtu, di Dengkil (kedua-dua arah).

Ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Komersial Plus, Christine Liew yang turut memberitahu lebih banyak lokasi R&R akan membuka ruang makan di medan selera di dalam beberapa minggu lagi.

Bagi mereka yang masih belum menerima vaksin lengkap boleh membeli dan bawa pulang makanan dari medan selera melalui aplikasi Plus yang boleh dimuat turun untuk meminimumkan inera

Liew berkata pelanggan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan dengan menunjukkan status vaksinasi untuk pengesahan ketika membuat enempah makanan.

“Apa yang penting kita jaga kita. Kita akan umumkan lebih banyak tempat makanan untuk dibuka dalam tempoh terdekat,” katanya.

Kebersihan sentiasa dijaga di medan selera PLUS