UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Unesco lucut Status Warisan Dunia Liverpool

Liverpool telah menikmati status warisan dunia sejak 2004 - meletakkannya di sisi Taj Mahal dan Tembok Besar China

Liverpool telah dilucutkan daripada status warisan dunia oleh Unesco dan badan itu menyalahkan pembangunan selama bertahun-tahun di bandaraya itu sebagai “kerugian yang tidak dapat dipulihkan.” 

Badan warisan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu menyimpulkan pada Rabu, 21 Julai,  bahawa “nilai universal yang luar biasa” di tepian air di Liverpool telah dihancurkan oleh kewujudan bangunan baru, termasuk stadium baru kelab bola sepak Everton.

Keputusan itu merupakan tamparan yang memalukan bagi bandaraya berkenaan tambahan lagi ia menjadi lokasi ketiga yang kehilangan status itu dalam hampir 50 tahun. Tempat-tempat lain yang pernah digugurkan dari senarai itu adalah Sanctuary Arabian Oman pada 2007 dan lembah Dresden Elbe di Jerman pada  2009.

Liverpool telah menikmati status warisan dunia sejak 2004 – meletakkannya di sisi Taj Mahal dan Tembok Besar China – sebagai pengiktirafan untuk peranannya sebagai kuasa perdagangan utama kerajaan Inggeris dan keindahan seni binanya.

Ancaman Liverpool kehilangan status mula kelihatan sejak 2012 ketika Unesco memberi amaran bahawa pembangunan telah mengubah latar langit kota itu dengan ketara dan menghancurkan nilai warisan di pinggir perairannya.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Tian Xuejun, ketua jawatankuasa warisan dunia Unesco, pada persidangan maya yang diadakan di China.

Agensi PBB mengatakan pembangunan seperti Liverpool Waters oleh Peel Group untuk mengubah tapak yang sebelumnya tidak digunakan, telah menyebabkan “kemerosotan serius dan kerugian yang tidak dapat dipulihkan” kepada nilai universal yang luar biasa di kawasan itu bersama dengan “kerugian yang signifikan terhadap keasliannya dan integriti ”.

Dikatakan bahawa akibat projek-projek ini, bahagian di tepi laut telah “merosot hinggakan ia kehilangan ciri-ciri” yang menyebabkannya ia dimasukkan ke dalam daftar warisan dunia pada tahun 2004.

Cadangan untuk membina stadium bola sepak baru Everton di dermaga Bramley-Moore “menambah ancaman kemerosotan dan kerugian yang dipastikan” dari nilai sejarahnya.