UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Usaha TMJ ke atas JDT dipandang dunia

Usaha seorang putera raja di selatan tanah air membangunan pasukan bolasepak di negerinya dan kini berada di tahap yang mengagumkan turut mendapat pengiktirafan dunia, khususnya di Asia.

Kisah belakang tabir bagaimana pasukan bola speak Johor Darul Ta’zim (JDT) dibangunkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim (TMJ), bakal ditayangkan di Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong hari ini.

Ia akan dipaparkan melalui dokumentari bertajuk Fearless: Rise of the Southern Tigers yang mengisahkan bagaimana kelab selatan tanah air itu berjaya melalui transformasi luar biasa dalam dalam masa lapan tahun diuruskan oleh TMJ. Di Malaysia ia akan disarkan di saluran Discovery Asia mulai 9.00 malam.

JDT kini menjadi inspirasi bukan saja kepada pencabar dalam Liga Malaysia (Liga M), malah pesaing mereka di Asia.

Dokumentari berkenaan akan mengisahkan perjalanan TMJ membawa Harimau Selatan dari bawah hingga berjaya menjadi kuasa bola sepak tanah air, selain menjulang Piala AFC 2015.

Ia akan mengupas visi TMJ dan bola sepak khususnya, selain memaparkan perbincangan terperinci pihak pengurusan dalam membuat keputusan untuk kelab serta penyokong.

Pasti banyak yang boleh dipelajari oleh pasukan-pasukan bola sepak Asia dari TMJ dan JDT.