UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Zul Ariffin bukan nak menunjuk, tapi tengah seronok

Pelakon Zul Ariffin yang sejak kebelakangan ini sering mengikuti program kebajikan bersama pendakwah terkenal Ebit Lew menafikan mahu menunjuk-nunjuk.

Bagaimanapun, beliau memohon maaf sekiranya banyak memuat naik posting yang berkaitan dengan agama di media sosial.

Menerusi akaun Twitter miliknya, aktor berkenaan menjelaskan bahawa tujuan dia berkongsi mengenai hal agama bukanlah untuk menunjuk atau mendapat pujian daripada warganet sebaliknya dia cuma ingin berkongsi pengalaman sahaja.

“Minta maaf tau kalau saya post kat Instagram atau Twitter pasal agama. Langsung tak ada niat nak menunjuk, raih pujian, nak perhatian, cuma share experince je,” katanya.

Pemilik nama Zulkifli Ariffin itu juga meluahkan rasa teruja walaupun hanya mencedok nasi untuk golongan gelandangan ketika dia mengikuti misi mengagih makanan baru-baru ini bersama Ebit. Beliau ternyata gembira denga apa yang dilakukannya.

“Walaupun cedok nasi, kalau Allah SWT tak izinkan, tak sampai saya kat tempat tu. Cedok nasi pun boleh senyum satu hari tau,” tambahnya.

Zul berkata beliau masih mencuba untuk menimba ilmu sebaik mungkin dan mula rasa seronok untuk mengambil tahu mengenai hal agama dengan lebih mendalam lagi.

“Korang jangan pula ingat saya ni tiba-tiba nak jadi itu ini pulak ya. Saya cuma ‘trying’ sebaik mungkin untuk menimba ilmu, pengalaman. Kerisauan dan sokongan korang saya hargai. sweet korang ni.”

“Saya now tengah seronok nak ambil tahu lebih tapi kena kawal diri sendiri dan sekeliling sebab riak dengan ilmu ni bagi saya lebih teruk daripada kaya-raya sebab riak tu macam dalam poket kita je. Dia tak duduk jauh pun,” katanya..